Cari:
8.77 Juta Pelancong China ke Thailand 2016
2016-12-30 12:55:00 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Jumlah pelancong asing ke Thailand dan pendapatan pelancongan masing-masing meningkat dengan ketara pada 2016 berbanding dengan 2015, antaranya jumlah pelancong China yang mengunjungi Thailand meningkat sebanyak 10.56% berbanding dengan tahun lalu dengan jumlahnya seramai 8.77 juta orang. Kedatangan pelancong China turut menyumbang kepada peningkatan 15.34% pendapatan industri pelancongan Thailand pada tahun ini, dengan mencatat sebanyak kira-kira USD12.6 bilion (RM56.5 bilion).

Perangkaan tersebut dikeluarkan oleh Kementerian Pelancongan dan Sukan Thailand pada 29 Disember lalu.

Menurut statistik kementerian itu, jumlah pelancong asing ke Thailand mencatat 32.57 juta orang dengan pendapatan pelancongannya sebanyak USD45.7 bilion (kira-kira RM204.8 bilion).

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China