Cari:
Sejuta Pelancong China Dijangka Kunjungi Filipina 2017
2016-12-30 16:25:15 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Jumlah pelancong China ke Filipina mencatat 537 ribu orang dalam tempoh bulan September tahun ini. Angka dalam hanya satu bulan ini melebihi jumlah keseluruhnya yang tercatat 490 ribu orang pada 2015. Peningkatan jumlah pelancong China ke Filipina dipercayai tidak terlepas dari hubungan bilateral yang semakin pulih pada masa ini.

Neil Ballesteros, Ketua Pengarah Jabatan Pelancongan Filipina berkata demikian ketika diwawancara oleh wartawan CRI dalam satu majlis jamuan yang diadakan oleh jabatan itu di Beijing baru-baru ini.

Neil berkata, jumlah pelancong China ke Filipina dijangka akan mencecah satu juta orang pada 2017 berikutan perkembangan hubungan dua hala yang semakin pulih.

Rhenita B. Rodriguez, Kaunselor Kedutaan Besar Filipina ke China dalam ucapanya berkata, China telah menjadi negara penghasil pelancong ketiga terbesar bagi Filipina berdasarkan perangkaan yang dibuat pada bulan Januari hingga September 2016.  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran
Dengar Dalam Talian

• PM Li Sampaikan Laporan Kerja Kerjaan dalam NPC

• Sungai Khalkhyn
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China