Cari:
23 Rentung Bot Terbakar di Indonesia
2017-01-02 10:28:24 CRI Cetak

Seramai 23 orang dilaporkan terkorban dan 17 lagi masih hilang selepas sebuah bot penumpang terbakar di perairan dekat Jakarta, Indonesia semalam.

Pegawai agensi bencana tempatan, Sutopo berkata, kebakaran itu juga menyebabkan 17 orang cedera, antaranya 9 cedera parah. Mang­sa yang cedera telah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Ketika kejadian, bot itu memba­wa 200 penumpang ke Pulau Ti­dung yang merupakan tempat tumpuan pelancong kira-kira 50 kilometer di utara Jakarta.

Menurut saksi, bot itu terbakar 15 minit setelah meninggalkan Pelabuhan Muara Angke di Jakarta Utara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China