Cari:
Penerbangan Johor Bahru ke Shenzen Mulai Tengah Bulan Ini
2017-01-02 12:09:10 CRI Cetak
Spring Airlines dari China dengan kerjasama Malaysia Airlines (MAS), akan memulakan operasi penerbangan ke Shenzhen dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS), Johor Malaysia mulai 13 Januari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan Johor, Malaysia Datuk Tee Siew Kiong berkata operasi penerbangan sewa khas dua kali seminggu pada setiap Isnin dan Jumaat itu disediakan bagi memenuhi permintaan kemasukan pelancong dari China yang semakin meningkat.

Perkhidmatan penerbangan ke Shenzhen diperkenalkan berikutan sambutan positif daripada perkhidmatan Johor Bahru-Guangzhou yang dikendalikan AirAsia, Mei tahun lepas.

--Bernama

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China