Cari:
Singapura Sambut Tahun Baharu
2017-01-03 10:59:58 CRI Cetak

Berpuluh-puluh ribu rakyat Singapura berkumpul di Teluk Marina pada tengah malam 31 Disember lalu untuk menikmati percikan bunga api sambil menantikan ketibaan tahun baharu 2017.

Acara sambutan mengira detik tahun baharu anjuran Biro Pembinaan Semula dan Pusat Seni Teluk Marina merupakan tradisi yang biasa diadakan di Singapura setiap tahun.

Pihak penganjur juga mengadakan persembahan bunga api untuk memeriahkan suasana sempena menyambut tahun baharu.

Selain itu, Muzium Seni Negara Singapura, Muzium Tamadun Asia dan Dewan Konsert Victoria dibuka sehingga tengah malam 31 Disember 2016.

Orang ramai yang berkumpul di depan dewan konsert tersebut atau berkelah di Teluk Marina berpeluang untuk menyaksikan konsert dan tayangan filem secara percuma.

Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong turut menyertai aktiviti tersebut bersama-sama dengan rakyat tempatan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China