Cari:
Mangsa Cedera Sempena Sambutan Tahun Baharu di Filipina Menurun
2017-01-03 11:56:21 CRI Cetak

Jumlah mangsa yang cedera dalam acara sambutan tahun baharu di Filipina banyak menurun dan mencatatkan rekod paling rendah dalam tempoh 10 tahun.

Menteri Kesihatan Filipina, Paulyn Jean Rosell-Ubial menjelaskan bahawa Presiden Rodrigo Duterte akan melaksanakan tindakan yang lebih ketat untuk menghukum mana-mana individu yang bermain bunga api secara sesuka hati dalam acara sambutan tahun baharu.

Rakyat Filipina suka menyambut tahun baharu dengan membakar bunga api dan melepaskan tembakan ke udara.

Cara tersebut bukan sahaja mencemarkan udara, malah mengakibatkan beratus-ratus orang cedera bahkan terbunuh.

Namun, situasi sebegitu mulai berubah pada tahun ini.

Menurut Paulyn, secara purata hampir seribu orang cedera disebabkan terkena percikan bunga api atau peluru dalam sambutan tahun baharu sejak 10 tahun yang lalu.

Jumlah tersebut hanya mencatat 350 orang pada tahun ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China