Cari:
Polis Tahan Kapten Bot
2017-01-03 14:47:24 CRI Cetak

Polis Indonesia menahan kapten bot penum­pang Wisata Zah­ro Express yang terbakar ketika dalam perjalanan dari Jakarta Utara ke pulau Tidung hingga mengorbankan 23 nyawa pada 1 Januari lalu.

Polis tempatan berkata, kapten kapal ber­kenaan, Muhammad Nali ditahan semalam dan telah disoal siasat selepas disyaki cuai dalam kejadian kebakaran itu yang turut menyebabkan 50 penumpang cedera.

Beberapa media tempatan melaporkan, Muhammad adalah individu pertama yang terjun ke laut untuk menyelamatkan diri, meninggalkan penumpang ketika api mula merebak dan membakar kapal terbabit.

Muhammad kemudian ditemui terapung di laut sebelum di­selamatkan oleh penduduk tempatan.

Seorang pegawai kanan Kementerian Pengangkutan Indonesia, Tonny Budiono berkata, kap­ten terbabit mungkin berdepan hukuman berat jika siasatan lanjut mendapati dakwaan tersebut benar.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China