Cari:
Harga Rumah Singapura Turun Tiga Peratus
2017-01-04 15:32:33 CRI Cetak

Berdasarkan statistik terkini pihak berkuasa Singapura, harga rumah negara itu pada suku keempat tahun 2016 menurun 0.4 peratus berikutan kawalan ketat oleh kerajaan dan pertumbuhan ekonomi yang kurang dinamik.

Penurunan selama 13 suku tahun secara berturut-turut itu telah mencipta rekod terpanjang sejak tahun 1975.

Harga rumah di Singapura menurun 3 peratus pada tahun 2016.

Sejak krisis kewangan 2008, Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (FED) telah melaksanakan dasar mata wang longgar kuantitatif (QE), sekali gus mengakibatkan sejumlah besar dana asing memasuki Singapura dan menaikkan harga rumah hingga menjadi bandar kedua tertinggi di Asia.

Sejak Singapura melaksanakan dasar kawalan terhadap pasaran hartanah pada tahun 2009, harga rumah di negara itu mula mengalami penurunan selama tiga tahun sejak 2013.

Pihak berkuasa Singapura kerap kali menyatakan tidak akan melonggarkan dasar kawalan itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China