Cari:
Indonesia Gantung Kerjasama Ketenteraan dengan Australia
2017-01-05 11:39:31 CRI Cetak

Pihak tentera Indonesia semalam mengumumkan keputusan menggantung sebarang kerjasama dengan tentera Australia berikutan Australia dikatakan menghina lima prinsip asas penubuhan negara Indonesia.

Jurucakap tentera Indonesia memberitahu wartawan, Indonesia telah membuat keputusan tersebut pada pertengahan bulan lalu kerana kebanyakan kerjasama ketenteraan dengan Australia tidak bermanfaat bagi Indonesia.

Namun, beliau turut mengakui bahawa tindakan Australia menghina lima prinsip asas penubuhan Indonesia merupakan punca utama penggantungan kerjasama ketenteraan tersebut.

Walaupun Indonesia dan Australia merupakan negara jiran, namun hubungan bilateral kurang mesra.

Kali terakhir Indonesia menggantung kerjasama dengan tentera Australia adalah pada tahun 2013 berikutan badan perisikan Australia mengintip telefon bimbit Presiden Susilo Bambang Yudhoyono dan sebahagian pegawai tinggi Indonesia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China