Cari:
China-Filipina Bakal Wujudkan Mekanisme Rundingan Bilateral
2017-01-05 14:59:37 CRI Cetak

Filipina dan China dijangka akan mewujudkan mekanisme rundingan bilateral pada tahun ini bagi menangani isu-isu sensitif termasuk pertikaian Laut China Selatan.

Jose Santiago Sta. Romana yang bakal dilantik sebagai Duta Besar Filipina ke China telah mendedahkan maklumat tersebut.

Beliau berkata, rancangan pertemuan kedua-dua pihak sedang dalam perbincangan dan akan diumumkan tidak lama lagi.

Mekanisme Rundingan Bilateral merupakan sebahagian daripada perjanjian Filipina-China yang ditandatangani kedua-dua pihak semasa kunjungan Presiden Rodrigo Duterte ke China pada tahun lalu.

Menurut dasar luar Duterte, kerajaan Filipina mungkin akan mengambil pendekatan dwitrek, yang mengasingkan isu pertikaian dengan isu bukan pertikaian.

Isu pertikaian akan ditangani melalui "diplomasi senyap".

Tambah Romana lagi, melalui cara tersebut, pertikaian isu Laut China Selatan tidak akan menjadi batu penghalang kepada perkembangan hubungan dua negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China