Cari:
Banjir Buruk di Selatan Thai
2017-01-05 11:49:33 CRI Cetak

Kementerian Dalam Negeri Thailand semalam memaklumkan bahawa keadaan banjir yang melanda selatan negara itu masih terkawal dan bantuan bencana terus meningkat.

Hujan lebat tanpa henti selama beberapa hari menyebabkan lapan wilayah di selatan Thai dilanda banjir, termasuk Narathiwat, Pattani dan Yala yang diisytiharkan sebagai kawasan bencana.

Dilaporkan, sejumlah 15,000 penduduk di wilayah Narathiwat terjejas akibat banjir, selain tiga buah sekolah terpaksa ditutup.

Sementara itu, pihak berkuasa tempatan bertungkus-lumus memindahkan mangsa ke kawasan yang selamat.

Ramalan Jabatan Meteorologi Thailand berkata, kejadian tanah runtuh berkemungkinan berlaku di kawasan bencana berikutan hujan lebat yang berterusan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China