Cari:
Kemboja Dipilih Penyelaras WTO
2017-01-05 14:36:44 CRI Cetak

Kemboja dipilih sebagai pengerusi Biro Koordinasi Global Negara-negara Kurang Membangun (LDC) Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) untuk tempoh perkhidmatan selama setahun bermula Februari depan.

Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen dalam kenyataan kelmarin berkata, selaku LDC yang pertama menganggotai WTO pada 13 Oktober 2004, Kemboja menunjukkan prestasi ekonomi yang cemerlang dengan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kekal pada 7 peratus, manakala kadar kemiskinan jatuh 11.5 peratus pada tahun 2015 berbanding dengan 53.2 peratus pada 2004.

Beliau menyifatkan negaranya sebagai contoh terbaik kepada LDC lain, berkat pembangunan sosioekonomi yang telah dikecapi.

Selaku pengerusi, Kemboja akan meningkatkan koordinasi dengan LDC lain bagi menjayakan rundingan perdagangan yang dijadualkan pada Persidangan Peringkat Menteri WTO ke-11 di Buenos Aires hujung tahun ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China