Cari:
Australia Nafi "Rekrut" Tentera Indonesia
2017-01-06 14:12:11 CRI Cetak

Menteri Pertahanan Australia, Marise Payne semalam telah menolak dakwaan "merekrut" tentera Indonesia sebagai "wakil tentera".

Kerjasama ketenteraan kedua-dua negara itu telah digantung buat sementara waktu oleh pihak Indonesia baru-baru ini.

Marise Payne berkata, kebimbangan tentera Indonesia mengenai "merekrut" tentera Indonesia adalah tidak berasas sama sekali.

Menurut beliau, bahan-bahan latihan yang menyebabkan penggantungan kerjasama ketenteraan tersebut telah ditarik balik.

Tambah beliau lagi, pihaknya akan berusaha untuk memastikan bahan-bahan latihan yang digunakan pada masa depan bersesuaian dengan latar belakang budaya yang berbeza-beza.

Sementara itu, Marise Payne juga menyatakan bahawa pendirian Australia mengenai wilayah Papua Barat tidak akan berubah dan mengakui kedaulatan dan keutuhan wilayah Indonesia.

Dalam satu kenyataan lain pula, Payne berkata, Australia sedang berusaha untuk membina hubungan pertahanan yang kukuh dengan Indonesia, dan memulihkan semula kerjasama komprehensif dengan segera.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China