Cari:
Pakej Pelancongan Rentas Sempadan China-Vietnam Ditawarkan
2017-01-06 11:04:01 CRI Cetak

Pakej pelancongan rentas sempadan China-Vietnam selama lima hari empat malam bermula semalam.

Pakej pelancongan tersebut melibatkan empat buah bandar, iaitu bandar Guilin dan Dongxing di wilayah Guangxi China, dan bandar Mong Cai dan Ha Long di Vietnam.

Dua rombongan pelancong yang terdiri daripada 100 orang masing-masing berlepas dari kedua-dua negara tersebut.

Bandar Dongxing dan Mong Cai adalah bandar yang paling hampir dengan sempadan China-Vietnam.

Kedua-dua bandar tersebut sering mengadakan rundingan dan telah mencapai beberapa perjanjian berkaitan pelancongan, di samping bersama-sama mengadakan majlis mempromosi pakej pelancongan rentas sempadan di bandar Guilin, selain menawarkan pakej pelancongan memandu kenderaan sendiri Dongxing-Mong Cai.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China