Cari:
Perasmian Aktiviti Perdagangan Kebudayaan China-Singapura
2017-01-06 14:33:16 CRI Cetak

Aktiviti sambutan Tahun Baharu Cina 2017 bagi menggalakkan perdagangan kebudayaan antara China dengan Singapura dirasmikan di Pusat Kebudayaan China Singapura semalam.

Pegawai kebudayaan kedua-dua negara, pegawai Kedutaan Besar China di Singapura, dan wakil-wakil syarikat kebudayaan China dan Singapura turut menghadiri upacara perasmian tersebut.

Sambutan Tahun Baharu Cina 2017 anjuran Kementerian Kebudayaan China itu telah mula diadakan pada tahun 2010.

Menurut Kaunselor Kebudayaan Kedutaan Besar China ke Singapura, Xiao Jianghua, aktiviti "Keceriaan Tahun Baharu Cina" telah menjadi wadah penting bagi perantau Cina untuk lebih mengenali China, menghayati budaya China dan memahami pembangunan China.

Hubungan kebudayaan yang erat memainkan peranan penting dalam menggalakkan hubungan dua hala dan interaksi dalam kalangan rakyat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China