Cari:
Seorang Pemimpin Kumpulan Pengganas Filipina Dibunuh
2017-01-07 15:07:25 CRI Cetak

Mohammad Jaafar Maguid, pengasas dan pemimpin kumpulan pengganas "Ansarul Khilafa" Filipina ditembak mati oleh angkatan keselamatan negara itu pada 5 Januari lalu.

Berdasarkan maklumat dari pihak polis tempatan, Mohammad Jaafar Maguid, 32, pernah bersumpah untuk taat setia kepada kumpulan ekstremis Negara Islam (IS) melalui media sosial pada tahun 2016. Jaafar ditembak mati di sebuah resort di pulau Mindanao. Selain itu, tiga pengganas yang lain turut ditanggap.

Ansarul Khilafa antara beberapa kumpulan militan antikerajaan di pulau Mindanao. Tindakan kejam kumpulan-kumpulan itu telah mengorbankan kira-kira 120 ribu nyawa dalam tempoh beberapa dekad yang lalu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China