Cari:
8.7 Juta Pelancong China Melawat Thailand 2016
2017-01-07 14:36:33 CRI Cetak

Menurut statistik pihak berkuasa Thailand, jumlah pelancong asing ke negara itu mencatat 32.58 juta orang pada tahun 2016, antaranya China menyumbang satu perempat, iaitu 8.7 juta orang pelancong. Pendapatan sektor pelancongan di negara itu mencatat THB1.64 trilion (kira-kira RM205.3 bilion) pada tahun lalu.

Menurut akhbar Thai Rath, Ketua Pengarah Jabatan Pelancongan Negara Thailand, Yuthasak Supasorn menyatakan bahawa jumlah pelancong China ke Thailand pada tahun lalu meningkat 1.1 juta orang berbanding dengan tahun 2015. Dijangka ada 9 juta orang pelancong China melawat negara itu pada tahun ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China