Cari:
Fasa Terakhir Pencarian Pesawat MH370 di Lokasi Tertentu
2017-01-07 14:53:57 CRI Cetak

Usaha Malaysia, Australia dan China untuk mencari pesawat MH370 di lokasi tertentu di lautan Hindi yang seluas 120 ribu kilometer persegi akan diselesaikan pada dua minggu akan datang.

Demikian dinyatakan oleh Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Liow Tiong Lai Jumaat lalu.

Menurutnya, pencarian pesawat MH370 telah memasuki fasa terakhir. Kerajaan Malaysia, Australia dan China akan mendengar laporan pencarian berkenaan sebelum mengadakan mesyuarat tiga pihak bagi memutuskan sama ada operasi mencari diteruskan atau tidak. Mesyuarat ini dijangka akan diadakan sebelum hujung bulan Januari.

Pesawat MH370 yang membawa 239 orang dari Kuala Lumpur ke Beijing, hilang hubungan pada 8 Mac tahun 2014. Jabatan Penerbangan Awam Malaysia mengesahkan nahas udara pesawat itu pada 29 Januari tahun 2015.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China