Cari:
Banjir di Thailand Ragut 12 Nyawa
2017-01-09 14:22:27 CRI Cetak

Hujan lebat yang berlanjutan selama seminggu di selatan Thailand telah menjejaskan kira-kira 740 ribu penduduk di 10 buah wilayah.

Setakat ini, sekurang-kurangnya 12 orang dilaporkan terkorban ekoran bencana alam tersebut.

Demikian menurut kenyataan Kementerian Dalam Negeri pada 7 Januari lalu.

Jurucakap kerajaan Thailand, Sansern Poljiak berkata, kerajaan sudah mendirikan Pusat Bantuan Bencana di wilayah Songkhla dan Surat Thani bagi menjalankan operasi menyelamat secara menyeluruh.

Di samping itu, tentera laut Thailand juga telah menghantar kapal pendarat terbesar pada 8 Januari lalu, yang akan menyertai misi bantuan ke kawasan bencana paling serius di Nakorn Si Thammarat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China