Cari:
Kerjasama China-ASEAN demi Keamanan Serantau
2017-01-10 17:47:15 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Menteri Luar Filipina, Perfecto Yasay baru-baru ini berkata, pihaknya tidak akan membangkitkan kes timbang tara isu Laut China Selatan sebagai topik perbincangan dalam persidangan ASEAN, semasa Filipina menyandang jawatan pengerusi bergilir ASEAN pada tahun ini.

Sehubungan dengan itu, jurucakap Kementerian Luar China, Lu Kang dalam sidang media di Beijing semalam berkata, China menyambut baik kenyataan pihak Filipina itu dan bersedia untuk memberikan sokongan padu kepada Filipina sebagai negara pengerusi bergilir ASEAN bagi mendorong hubungan China dan ASEAN.

Menurut jurucakap itu, isu Laut China Selatan bukan isu antara China dengan ASEAN, dan hendaklah ditangani melalui rundingan langsung antara negara-negara yang terbabit.

China bersedia untuk bergabung tenaga dengan negara-negara ASEAN dalam usaha memelihara keamanan serantau.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China