Cari:
Guo Shengkun Ditemui Zahid Hamidi
2017-01-11 15:31:56 CRI Cetak

Menteri Keselamatan Awam China, Guo Shengkun mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Beijing semalam.

Guo, yang juga merupakan ahli Dewan Negara, menyuarakan harapan agar kedua-dua pihak dapat melaksanakan persepakatan penting yang telah dicapai oleh pemimpin kedua-dua negara, menyuburkan rasa saling mempercayai dalam politik, meningkatkan kerjasama pragmatik, memperkasakan sinergi dalam usaha memerangi keganasan dan radikalisasi, kempen antidadah, jenayah penipuan telekomunikasi, dan sebagainya bagi mendorong perkongsian strategik komprehensif China-Malaysia ke tahap yang lebih tinggi.

Menurut Zahid pula, pihaknya bersedia terus memperkukuh hubungan dua hala dan kerjasama erat yang sedia terjalin antara Malaysia dengan China, terutamanya dalam bidang keselamatan dan isu-isu berkaitan dengan pencegahan jenayah antarabangsa dan aktiviti keganasan serantau.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China