Cari:
ASEAN Komited Dorong Kerjasama Keselamatan Maritim
2017-01-12 11:23:46 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Sebagai negara pengerusi bergilir ASEAN pada tahun ini, Filipina bersedia untuk memberikan sumbangan kepada pembinaan Komuniti Politik dan Keselamatan ASEAN.

Usaha dalam hal tersebut akan berfokus kepada dua perkara utama, iaitu memelihara keselamatan serantau dan mendorong kerjasama keselamatan maritim.

Demikian dinyatakan Menteri Luar Filipina, Perfecto Yasay dalam sidang media semalam.

Menurut Menteri Luar Filipina itu, tahun ini merupakan tahun yang istimewa bagi ASEAN dalam menghadapi perubahan geopolitik serantau dan dunia.

Komuniti ASEAN berpaksikan tiga tonggak utama, iaitu politik-keselamatan, ekonomi dan sosiobudaya.

Sebagai pengerusi bergilir ASEAN pada tahun ini, Filipina akan memberikan keutamaan kepada usaha menggalakkan kestabilan dan kerjasama keselamatan maritim serantau.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China