Cari:
China Sedia Pindahkan Teknologi Kawalan Sempadan Kepada Malaysia
2017-01-14 14:50:16 CRI Cetak

China menyatakan kesediaan memindahkan teknologi kawalan sempadannya kepada Malaysia bagi membantu negara memantapkan lagi kecekapan agensi berkaitan, kata Timbalan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata banyak yang boleh dipelajari Malaysia daripada China, terutama di wilayah Yunnan yang mengawasi sempadan dengan negara jirannya Laos, Myanmar dan Vietnam sepanjang kira-kira 4,060 km.

Beliau berkata Malaysia akan menghantar sekumpulan 10 pegawai dari pelbagai agensi seperti Majlis Keselamatan Negara (MKN), imigresen, Agensi Kawalan Sempadan Malaysia, polis dan tentera ke China dalam tempoh dua bulan lagi untuk mendalami prosedur operasi standard kawalan sempadan China.

Katanya kepada anggota media Malaysia sejurus selepas mengadakan perbincangan dengan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Awam Yunnan, Guo Bao di Kunming hari ini yang merupakan hari kelima lawatan kerja beliau ke China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China