Cari:
Beberapa Negara Luar Rantau Semakin Terasing dalam Isu LCS
2017-01-14 14:53:09 CRI Cetak

Beberapa negara di luar rantau semakin terasing dalam isu Laut China Selatan (LCS).

Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Lu Kang semalam sebagai membalas kenyataan Setiausaha Pertahanan AS, Ashton Carter baru-baru ini yang menggesa China menghentikan segala tindakan di LCS.

Dilaporkan lagi, Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe yang sedang melawat Filipina dalam sidang media bersama Presiden Rodrigo Duterte telah menyatakan harapannya supaya isu LCS dimasukkan dalam agenda Sidang Kemuncak ASEAN.

Sehubungan dengan itu, Lu menyatakan, kerajaan Filipina baru-baru ini telah dengan jelas menyatakan bahawa pihaknya tidak akan membangkitkan isu berkenaan sebagai topik perbincangan dalam persidangan ASEAN, semasa Filipina menyandang jawatan pengerusi bergilir ASEAN pada tahun ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China