Cari:
China Hulur Bantuan kepada Mangsa Banjir Thailand
2017-01-14 15:18:45 CRI Cetak

Duta Besar China ke Thailand, Ning Fukui, bagi pihak kerajaan China, memberi bantuan berupa barangan yang bernilai 1 juta baht kepada mangsa banjir di 12 wilayah di selatan Thailand.

Dalam pertemuan dengan Timbalan Gabenor wilayah Songkhla, Anuchit Trakulmatuta dan wakil mangsa banjir, Ning menyatakan harapan agar rakyat Thialand dapat mengatasi bencana itu serta memulihkan semula kehidupan dan aktiviti pengeluaran seawal mungkin.

Anuchit pula menyifatkan sumbangan China mencerminkan keakraban ikatan persahabatan antara rakyat kedua-dua negara.  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China