Cari:
Pameran HSR China di Kuala Lumpur
2017-01-17 11:20:04 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Pameran Mendekati Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) China yang dianjurkan oleh China Railway Corporation (CRC) telah membuka tirainya di Kuala Lumpur pada 16 Januari lalu.

Pameran tersebut bertujuan untuk menunjukkan pengalaman dan prestasi yang dicapai oleh HSR China kepada orang ramai bersempena dengan pembidaan projek HSR KL-Singapura yang sedang dijalankan pada masa ini.

Tan Sri Dato' Seri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar, Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) ketika berucap dalam majlis perasmian pameran kali ini berkata, pencapaian operasi HSR China amat mengagumkan dan rakyat Malaysia harus mengambil peluang ini untuk merasai pengalaman bagi memasuki era HSR pada masa hadapan.

Pameran kali ini bakal berlangsung selama tiga bulan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Periuk Besi Jadi Alat Muzik

• Padang Sesawi Saujana di Yili, Xinjiang
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China