Cari:
Lima Syarikat ASEAN Kembangkan Perniagaan di Tianjin
2017-01-17 15:00:46 CRI Cetak

Majlis menandatangani perjanjian antara syarikat-syarikat dari Brunei Darussalam, Malaysia, Indonesia, Thailand dan Singapura dengan Pusat Perniagaan Bandar Ekologi Tianjin ASEAN telah diadakan di Tianjin, China semalam.

Ketua Pengarah Bahagian Pelaburan dan Perdagangan Pusat China-ASEAN, Li Yuan dalam majlis tersebut menyatakan bahawa China merupakan rakan dagang terbesar bagi ASEAN selama tujuh tahun berturut-turut, manakala ASEAN pula merupakan rakan dagang ketiga terbesar bagi China selama lima tahun berturut-turut. Sementara itu, ASEAN merupakan pasaran eksport keempat terbesar dan sumber import kedua terbesar bagi China.

Penubuhan pusat perniagaan tersebut adalah untuk menggalakkan kerjasama pragmatik China-ASEAN dalam bidang perniagaan, produk makanan, kebudayaan dan pelancongan bagi mencipta persekitaran perniagaan yang lebih makmur.

Pada hari yang sama, Pusat Perniagaan Bandar Ekologi Tianjin ASEAN dan E-dagang ASEAN telah menandatangani projek pasar produk istimewa ASEAN, di samping memeterai projek pusat penerangan pelancongan dan kebudayaan ASEAN dengan agensi pelancongan Brunei Darussalam, persatuan usahawan Sarawak Malaysia, persatuan pengusaha BORDERS Kalimantan Indonesia dan persatuan syarikat sains dan teknnologi Sabah Malaysia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China