Cari:
Tren LRT Buatan China Diserahkan kepada Filipina
2017-01-17 15:45:37 CRI Cetak

Syarikat Locomotive & Rolling Stock Dalian Bhd. di bawah China Railway & Rolling stock Corporation (CRRC) semalam memaklumkan, sebanyak 48 tren Transit Aliran Ringan (LRT) buatan syarikat mereka telah diserahkan kepada Filipina.

Menurut maklumat syarikat tersebut, tren berkenaan akan digunakan dalam operasi LRT Laluan 3 di Manila, Filipina.

Tren itu sepanjang kira-kira 31 meter dengan lebar 2.5 meter dan ketinggian mencecah 3.65 meter, manakala kelajuan maksimum pula mencatat 65 kilometer sejam.

Reka bentuk tren itu telah mengambil kira sepenuhnya iklim tempatan yang istimewa bagi memastikan gerabak mampu bertahan dalam cuaca yang panas dan lembap, selain memastikan keselesaan penumpang terus diutamakan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China