Cari:
China: Penahanan Kereta Perisai Milik Singapura Sedang Diuruskan
2017-01-18 11:26:38 CRI Cetak

Kerajaan Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong sedang menguruskan kes penahanan kereta perisai milik Singapura mengikut undang-undang.

Demikian menurut jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying dalam sidang media semalam sebagai respons kepada netizen Singapura yang prihatin tentang perkara tersebut.

Sempena Tahun Baharu Cina yang bakal tiba, netizen berharap agar China boleh memulangkan kereta perisai tersebut kepada Singapura.

Sehubungan dengan itu, Hua menyatakan bahawa China amat mementingkan hubungan dengan Singapura.

Kerajaan China sentiasa berpegang teguh dengan dasar Satu China dan berharap agar kerajaan Singapura juga benar-benar mengamalkan dasar tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China