Cari:
Xu Ningning: Penurunan Jumlah Perdagangan China-ASEAN Tidak Mengecewakan
2017-01-18 12:56:26 CRI Cetak

Penurunan jumlah perdagangan antara China dengan ASEAN pada tahun 2016, bukanlah satu perkara yang mengecewakan, malah dapat membantu kedua-dua pihak membaiki struktur perdagangan agar sektor perindustrian kedua-dua pihak dapat disusun semula.

Demikian luahan Pengarah Eksekutif Dewan Perniagaan China-ASEAN (CABC), Xu Ningning ketika diwawancara oleh wartawan semalam.

Menurut Xu Ningning, pada ketika ini, pelaburan China di ASEAN terus meningkat yang membuktikan bahawa perdagangan kedua-dua pihak akan terus meningkat pada masa depan.

Mengenai usaha membaiki struktur perdagangan bagi menggalakkan kerjasama ekonomi dan perdagangan China-ASEAN, Xu Ningning menegaskan, perlu ada penyelarasan antara pembinaan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN dengan kerjasama kapasiti industri.

Beliau yakin kerjasama ekonomi dan perdagangan China-ASEAN akan lebih aktif pada tahun ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China