Cari:
Perdagangan Luar Fujian Semakin Kukuh
2017-01-18 14:55:32 CRI Cetak

Menurut Kastam Xiamen semalam, jumlah import dan eksport provinsi Fujian, China bagi Disember lalu meningkat lebih 10 peratus berbanding dengan bulan yang sama tahun lalu, dengan mencatat kira-kira RMB 102.7 bilion (RM66.5 bilion).

Jumlah perdagangan import-eksport provinsi itu tetap menduduki tangga teratas di China.

Syarikat swasta merupakan penyumbang utama dalam peningkatan perdagangan luar provinsi Fujian.

Jumlah perdagangan antara Fujian dengan ASEAN, salah satu rakan dagang utamanya, meningkat 7 peratus berbanding dengan tahun 2015, dengan mencatat RMB 163.5 bilion (RM106 bilion).

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China