Cari:
SAR MH370: Australia Beri Harapan
2017-01-19 15:14:58 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Kerajaan Australia berkata semalam bahawa negaranya tidak menolak untuk melakukan pencarian dasar laut pada masa hadapan bagi mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang hilang.

Lokasi Penerbangan MH370 berkubur menjadi salah satu misteri terbesar dalam sejarah penerbangan dunia.

Operasi mencari MH370 menelan belanja sekitar A$200 juta (RM670 juta), sebahagian besarnya dibayar oleh Malaysia dan telah dilanjutkan dua kali.

Walau bagaimanapun, ketiga-tiga negara terbabit enggan meneruskan pencarian tanpa bukti baharu berhubung lokasi bangkai pesawat tersebut.

Cadangan daripada beberapa penyiasat pada bulan lalu untuk melakukan pencarian di utara zon pencarian semasa seluas 120,000 kilometer telah ditolak oleh Australia dan Malaysia kerana disifatkan terlalu tidak tepat.

Chester berkata, kos bukan faktor penentu untuk menghentikan pencarian, namun menambah, langkah untuk memulakan semula pencarian MH370 memerlukan maklumat baharu yang boleh dipercayai dan membawa kepada lokasi spesifik.

(sumber: Kosmo Online Malaysia)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China