Cari:
China, Filipina Ikrar Laksanakan Konsensus Dua Hala
2017-01-20 11:39:40 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Presiden Filipina, Rodrigo Duterte amat berpuas hati dengan kemajuan positif yang dicapai dalam hubungan China-Filipina sejak lawatan beliau ke Beijing pada tahun lalu.

Duterte berkata demikian ketika bertemu dengan Timbalan Menteri Luar China, Liu Zhenmin di Manila pada 17 Januari lalu.

Menurut Duterte, beliau akan menghadiri Forum Kemuncak Kerjasama Antarabangsa "Jalur dan Laluan" (B&R) yang bakal diadakan di Beijing pada bulan Mei depan dan amat berharap dapat bertemu dengan Presiden China, Xi Jinping pada ketika itu.

Liu berkata, China bersedia untuk bekerjasama dengan Filipina dalam melaksanakan konsensus penting yang telah dicapai oleh pemimpin kedua-dua negara bagi mendorong kerjasama bilateral dalam pelbagai bidang terus membuahkan hasil pada masa hadapan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China