Cari:
Pelbagai Perkara Baik Rangsang Hubungan China-ASEAN
2017-01-20 13:25:08 CRI Cetak

Walaupun jumlah perdagangan dua hala China-ASEAN menurun pada tahun 2016, namun tokoh-tokoh politik dan perniagaan ketika diwawancara oleh wartawan menyifatkan hubungan perdagangan China-ASEAN akan berkembang ke arah yang baik berikutan pengantarabangsaan mata wang renminbi (RMB), kerjasama kapasiti pengeluaran yang terus meningkat dan skop pelaburan dua hala yang semakin meluas pada tahun 2017.

Dalam sesi perbincangan kerjasama China-ASEAN sempena menyambut Tahun Baharu Cina yang dianjurkan Dewan Perniagaan China-ASEAN (CABC) dan Jawatankuasa ASEAN di Beijing (ACB) baru-baru ini, Duta Besar Myanmar ke Beijing, Thit Linnohn menyatakan bahawa kerjasama ekonomi, perdagangan dan pelaburan China-Myanmar dijangka meningkat pada tahun ini berikutan faktor-faktor positif seperti Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dijangka akan dicapai pada tahun ini serta tahap pengantarabangsaan RMB yang menjadi mata wang bayaran utama dalam perdagangan di kawasan sempadan China-Myanmar semakin meningkat.

Mengenai angka yang menunjukkan penurunan perdagangan China-ASEAN, Pengarah Eksekutif CABC, Xu Ningning berpendapat bahawa perkara tersebut akan membantu mengoptimumkan struktur perdagangan.

Menurut beliau, banyak syarikat China mahu merebut peluang perniagaan di negara-negara ASEAN. Mereka telah membina kilang di ASEAN, dan menjadikan perdagangan sebagai pelaburan.

Pertambahan pelaburan membuktikan perdagangan akan terus meningkat pada masa depan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China