Cari:
Malaysia Izinkan Pertubuhan dan Individu Cari MH370
2017-01-20 13:27:01 CRI Cetak

Pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang dilakukan oleh Malaysia, Australia dan China telah digantung baru-baru ini, namun kerajaan Malaysia memaklumkan bahawa pihaknya mengizinkan mana-mana pertubuhan atau individu yang mahu mencari MH370, dan bersedia untuk memberikan ganjaran kepada pihak yang menjumpai pesawat malang tersebut.

Demikian kenyataan Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Abdul Aziz Kaprawi ketika diwawancara oleh akhbar New Straits Times.

Selain itu, beliau juga menyatakan bahawa sebelum sebarang operasi pencarian dilakukan, pihak-pihak berkenaan perlu terlebih dahulu menghantar surat pemakluman kepada Kementerian Pengangkutan Malaysia, dan semua kos pencarian akan ditanggung oleh pertubuhan atau individu berkenaan sendiri.

Kerajaan Malaysia akan membayar sejumlah ganjaran sekiranya pesawat MH370 telah benar-benar ditemui.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China