Cari:
Media Asia Tenggara Sanjung Tinggi Ucaptama Xi di Davos
2017-01-20 14:54:24 CRI Cetak

Media negara Asia Tenggara menumpukan perhatian kepada lawatan Presiden China Xi Jinping ke Switzerland yang diadakan pada 15 hingga 18 Januari lalu, di samping menyanjung tinggi ucaptama beliau dalam sidang tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos.

Akhbar Lianhe Zaobao Singapura kelmarin melaporkan ucaptama Presiden Xi tersebut dengan rencana yang bertajuk "Xi Jinping Junjung Bendera Perdagangan Bebas".

Laporan itu menyebut, Presiden Xi berpendapat bahawa menyalahkan globalisasi ekonomi sebagai punca masalah yang menyukar dunia ini tidak selaras dengan fakta dan juga tidak membantu menyelesaikan masalah berkenaan.

Akhbar itu menganggap Presiden Xi dalam ucapannya telah membentangkan pandangan bahawa China bukan sahaja mendapat manfaat daripada globalisasi, malah menjadi penyumbang.

Akhbar The Star Malaysia pula menyiarkan rencana yang bertajuk "Presiden China Pertahankan Globalisasi Ekonomi".

Rencana itu turut menjelaskan ucaptama Presiden Xi, selain memetik penghargaan pengasas WEF, Klaus Schwab terhadap ucapan Xi Jinping dengan menyatakan bahawa dalam keadaan dunia yang tidak stabil, masyarakat menggantungkan harapan kepada China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China