Cari:
Rondaan Bersama Sungai Mekong Kali ke-54 Bermula
2017-01-22 14:35:20 CRI Cetak

Rondaan bersama di kawasan aliran Sungai Mekong kali ke-54 yang dilaksanakan oleh China, Laos, Myanmar dan Thailand bermula secara rasmi kelmarin.

Operasi tersebut merupakan operasi yang pertama kali dijalankan selepas mesyuarat peringkat menteri sempena ulang tahun ke-5 terbentuknya mekanisme kerjasama keselamatan dan penguatkuasaan undang-undang di kawasan aliran Sungai Mekong diadakan di Beijing pada bulan Disember tahun lalu.

Dalam tempoh empat hari, kapal empat negara tersebut akan bersama-sama menjalankan pemeriksaan, tinjauan dan kempen antidadah di kawasan perairan utama termasuk Segitiga Emas dan Xiang Kok, memperhebat penguatkuasaan undang-undang bagi memerangi jenayah rentas sempadan termasuk keganasan, penyeludupan, pengedaran dadah dan pemerdagangan manusia, selain berusaha menjaga keselamatan pelayaran di kawasan perairan Sungai Mekong.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China