Cari:
Duterte Bakal Lawat China Lagi Bulan Mei
2017-01-26 11:55:19 CRI Cetak

Menurut laporan akhbar Manila Bulletin semalam, China sekali lagi mengesahkan lawatan Presiden Filipina, Rodrigo Duterte ke China pada bulan Mei nanti.

Laporan tersebut mendedahkan bahawa sebelum ini China pernah mengumumkan lawatan Duterte ke China pada bulan Mei nanti untuk menghadiri Forum Kemuncak Kerjasama Antarabangsa "Jalur dan Laluan" (B&R). Namun, pihak Kementerian Luar Filipina tidak mengesahkan perkara tersebut pada ketika itu.

Duta Besar China ke Filipina, Zhao Jianhua, dalam jamuan Tahun Baharu Cina yang diadakan pada malam 24 Januari lalu, telah mengesahkan hal tersebut dan menyatakan bahawa pemimpin kedua-dua negara akan mengadakan rundingan dua hala sekali lagi.

Selain itu, menurut Zhao Jianhua, penggubalan Kod Tatalaku (CoC) di Laut China Selatan dijangka dapat diselesaikan pada tahun ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China