Cari:
China, Pelabur Ketiga Terbesar Indonesia pada 2016
2017-01-27 13:14:58 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Tanah Besar China muncul sebagai pelabur asing ketiga terbesar bagi Indonesia pada tahun 2016 dengan jumlah pelaburan langsung sebanyak USD2.665 bilion (RM11.797 bilion), meningkat 324 peratus berbanding dengan tahun 2015. Jumlah pelaburan tersebut menduduki tempat ketiga daripada 121 buah negara dan wilayah.

Demikian statistik yang dikeluarkan oleh Badan Koordinasi Penanaman Modal (BKPM) Indonesia pada 25 Januari lalu.

Thomas Trikasih Lembong, Ketua BKPM Indonesia dalam sidang media berkata, Tanah Besar China telah menjadi negara sumber pelaburan asing utama bagi Indonesia. Negara itu diharap akan terus meningkatkan pelaburan di Indonesia pada masa hadapan.

Tambah beliau, BKPM dan menteri-menteri Indonesia yang lain akan terus membaiki persekitaran pelaburan negaranya bagi menarik lebih ramai pelabur dari Tanah Besar China dan negara-negara di rantau yang lain.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China