Cari:
AS Bina Kemudahan Ketenteraan di Lima Pangkalan Tentera Filipina
2017-01-27 12:14:01 CRI Cetak

Menteri Pertahanan Filipina, Delfin Lorenzana semalam berkata, menurut Perjanjian Peningkatan Kerjasama Pertahanan (EDCA) yang ditandatangani antara Filipina dan Amerika Syarikat (AS) pada tahun 2014, tentera AS akan mula membina kemudahan ketenteraan di lima pangkalan tentera Filipina pada tahun ini.

Perlembagaan Filipina melarang tentera asing membina pangkalan tentera di negara itu, namun pada tahun 2014, perjanjian tersebut mengizinkan tentera AS menggunakan, membina kemudahan ketenteraan, menyimpan dan menempatkan senjata di pangkalan tentera Filipina. Pada bulan Mac 2016 pula, AS dan Filipina mengeluarkan kenyataan bersama yang mengizinkan tentera AS menggunakan lima pangkalan tentera Filipina.

Lorenzana berkata kepada media semalam, menurut Pentagon, pangkalan pertama ialah pangkalan tentera udara Basa di sebelah utara Manila. Kemudahan yang dibina akan digunakan untuk menyimpan senjata tentera AS.

Tambah Lorenzana, tentera AS juga merancang untuk membina landasan kapal terbang di pangkalan tentera tersebut.

Ketika ditanya tentang pandangan Presiden Filipina, Rodrigo Duterte mengenai perkara tersebut, Lorenzana memaklumkan, Duterte telah mengetahui perkara itu dan akan menghormati semua perjanjian yang dimeterai oleh kerajaan terdahulu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China