Cari:
Belanja Tahun Baharu Cina Naik di Malaysia
2017-01-28 15:18:39 CRI Cetak

Purata perbelanjaan pengguna pada Tahun Baharu Cina 2017 di Malaysia meningkat kepada RM4,201 berbanding RM3,846 pada 2016.

Menurut Kaji Selidik Tahunan Tahun Baharu Cina oleh United Overseas Bank (Malaysia) Bhd. (UOB Malaysia), rakyat Malaysia merancang untuk berbelanja sebanyak sembilan peratus lebih tinggi pada tahun ini.

Ahli Ekonomi UOB Malaysia, Julia Goh berkata, mereka memperuntukkan sebanyak RM1,008 untuk makanan, kenaikan 14 peratus berbanding tahun lepas meskipun menghadapi harga kos makanan yang lebih tinggi tahun ini.

Beliau berkata, res­pon­den yang bercuti ke luar negara menjangka untuk berbelanja secara purata seba­nyak RM2,334, kenaikan tujuh peratus berbanding tahun lepas (RM2,181). Di samping itu, mereka yang melawat kaum keluarga dan rakan-rakan di Malaysia menjangka untuk berbelanja RM1,263, kenaikan 66 peratus berbanding 2016.

Perbelanjaan yang lebih besar untuk makanan dan pengembaraan mungkin disebabkan pengguna tidak ingin menjejaskan tradisi Tahun Baharu Cina walaupun menghadapi tekanan kos sara hidup yang lebih tinggi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China