Cari:
Aktiviti Sambutan TBC di Myanmar
2017-01-29 15:37:19 CRI Cetak

Siri aktiviti menyambut Tahun Baharu Cina(TBC) telah bermula di Yangon semalam. Duta Besar China ke Myanmar, Hong Liang bersama-sama pegawai provinsi Yangon, Phyo Min Thein, Pengerusi Kehormatan Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD) Tin Oo dan Pengerusi Dewan Perniagaan Cina Myanmar, Wu Jiheng telah menghadiri majlis perasmian dan menyampaikan ucapan.

Hong Liang menyatakan bahawa aktiviti ini merupakan aktiviti sambutan TBC pertama anjuran bersama kerajaan Yangon dan komuniti Cina tempatan. Beliau mengucapkan terima kasih kepada tokoh-tokoh pelbagai kalangan masyarakat yang menyokong kerjasama dan persahabatan China-Myanmar serta mendoakan Myanmar terus maju jaya dalam perkembangan demokrasi, di samping berharap persahabatan China-Myanmar terus diwarisi dan berkembang.

Phyo Min Thein dalam ucapannya melahirkan harapan agar orang Cina dan perantau China di Myanmar memberikan sumbangan kepada pembangunan Myanmar. Beliau turut menyampaikan selamatan Tahun Baharu Cina kepada semua hadirin.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China