Cari:
Malaysia Lipatganda Usaha Mencari
2017-01-30 12:11:12 CRI Cetak

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menyatakan bahawa terdapat tiga orang warga China disahkan terkorban dalam tragedi bot karam ketika dalam perjalanan ke Pulau Mengalum Sabtu lalu.

Ketua Pengarah APMM Laksamana Maritim Datuk Seri Ahmad Puzi Ab Kahar dalam sidang akhbar mengenai kehilangan bot jenis Catamaran yang membawa pelancong China, di Balai Polis Karamunsing malam tadi berkata, setakat ini, dua orang kru dan 20 pelancong warga China diselamatkan, manakala 6 lagi masih hilang.

Dalam pada itu, Konsul Jeneral China di Sabah, Chen Peijie berkata, biarpun jarak penglihatan di perairan masih rendah dan keadaan cuaca pula agak buruk, tetapi pihak berkuasa Malaysia berjanji akan terus mempertingkatkan usaha mencari dan menyelamat (SAR).

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim memaklumkan, APMM, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Pasukan Polis Marin telah dikerahkan dalam operasi SAR.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China