Cari:
Malaysia, Brunei Bincang Urusan Perjalanan
2017-02-01 12:44:50 CRI Cetak

Pelbagai aspek teknikal berkaitan isu-isu imigresen antara Malaysia dengan Brunei dijangka dapat diperhalusi dan dimuktamadkan dalam perbincangan peringkat pegawai antara kedua-dua negara pada Mac nanti.

Demikian dinyatakan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang dalam rangka lawatan sehari ke Brunei, semalam.

Menurut beliau, perbincangan diharap dapat mempermudahkan urusan melintasi sempadan antara Sabah dan Sarawak dengan Brunei, lebih-lebih lagi apabila siapnya projek Lebuhraya Pan Borneo nanti.

Tambah beliau lagi, perbincangan nanti juga akan melibatkan isu-isu seperti perpindahan banduan antara Sabah dan Sarawak yang perlu melintasi sempadan Brunei, perkongsian maklumat risikan dan kaedah atasi jenayah rentas sempadan dan lain-lain.

(sumber Utusan Online)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China