Cari:
Kawasan Carian Terus Diperluas
2017-02-01 12:53:48 CRI Cetak

Kawasan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa bot pelancong yang karam di perairan Sabah, Sabtu lepas, diperluas kepada 3,000 batu nautika persegi.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) semalam berkata, pada hari keempat tragedi itu, tumpuannya diberikan kepada pencarian di permukaan laut dari udara kerana ini adalah hari terakhir atau golden hour untuk menemukan mereka yang masih hilang.

Menurut APMM, sebanyak 20 aset udara dan laut terlibat dalam operasi SAR merangkumi lima kapal, tujuh bot dan lapan pesawat milik Tentera Laut Diraja Malaysia, Tentera Udara Diraja Malaysia, APMM, Polis Diraja Malaysia dan juga Brunei.

Pihak berkuasa Brunei mengerahkan sebuah helikopter dan sebuah kapal dengan tumpuan operasi di kawasan perairan negara itu.

Mengenai percanggahan maklumat berhubung jumlah sebenar mangsa yang masih hilang sama ada enam atau lima, APMM berkata masih menunggu hasil siasatan pihak polis.

Dalam pada itu, Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Pang Yuk Ming berkata, sebuah suruhanjaya siasatan ditubuhkan bagi menjalankan siasatan terperinci kejadian tersebut dan laporan berkenaan akan siap dalam masa tujuh hari akan datang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China