Cari:
Usaha Mencari Terus Dipergiat
2017-02-02 14:30:38 CRI Cetak
Duta Besar China ke Malaysia, Huang Huikang berkata, pelbagai agensi penguatkuasaan tidak akan berputus asa dalam usaha mengesan enam lagi mangsa bot karam yang masih hilang.

Ketika menziarahi mangsa warga China yang dirawat di Hospital Queen Elizabeth semalam, Huang meluahkan harapan agar mereka yang berjaya diselamatkan segera sembuh, dan juga berjanji akan melipatgandakan usaha dalam melaksanakan misi mencari.

Sebelum ini, Huang semasa dalam pertemuan dengan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman menggesa pihak berkuasa Malaysia agar melakukan siasatan rapi mengenai punca sebenar kemalangan tersebut.

Dalam pada itu, Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kota Kinabalu, Laksamana Pertama Maritim Adam Aziz berkata, biarpun sudah memasuki hari keenam, APMM tetap mengharapkan keajaiban untuk menemukan mereka yang masih hilang di kawasan perairan Pulau Mengalum dalam keadaan hidup.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China