Cari:
Filipina-Rusia Tingkatkan Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan
2017-02-03 14:50:05 CRI Cetak

Menurut maklumat dari Kementerian Perdagangan dan Industri Filipina semalam, Filipina dan Rusia telah mengadakan mesyuarat persiapan di Manila pada minggu yang lalu untuk menubuhkan Jawatankuasa Bersama Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan dan merancang untuk mengadakan mesyuarat kali pertama menjelang lawatan Presiden Rodrigo Duterte ke Rusia awal tahun ini.

Kedua-dua negara akan menjalinkan kerjasama ekonomi yang lebih erat dalam usaha untuk meningkatkan kerjasama perdagangan dan pelaburan dua hala.

Timbalan Menteri Pembangunan Ekonomi Rusia, Alexander Tsybulskiy dan Timbalan Menteri Perdagangan dan Industri Filipina, Ceferino Rodolfo telah bersama-sama mempengerusikan mesyuarat peringkat pegawai Jawatankuasa Bersama Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan Filipina-Rusia pada 26 Januari lalu. Kedua-dua pihak telah membincangkan topik yang merangkumi ekonomi, perdagangan, pertanian, perindustrian, sumber tenaga, perkilangan, infrastruktur, pengangkutan dan teknologi tenaga nuklear.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China