Cari:
Projek Tali Air Kemboja atas Bantuan China Bakal Siap Dibina
2017-02-04 14:56:40 CRI Cetak

Menurut Kementerian Sumber Air dan Meteorologi Kemboja, pembinaan projek tali air fasa kedua di sungai Sreng yang dibina atas bantuan China bakal diselesaikan. Setakat 28 Januari, 99% projek ini sudah siap dibina.

Projek tali air sungai Sreng terletak di kawasan sempadan tiga provinsi Kemboja, iaitu Oddar Meanchey, Siem Reap, dan Banteay Meanchey. Selepas dibina, projek ini dapat mengairi 31.6 ribu hektar tanah pertanian pada musim hujan dan 25.5 ribu hektar tanah pada musim kemarau. Dalam pada itu, projek tali air ini turut memperbaiki penggunaan sumber air di ketiga-tiga provinsi tersebut dan mengurangkan kesan negetif bencana banjir terhadap provinsi Siem Reap.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China