Cari:
Tragedi Bot Karam Sabah: Operasi SAR akan Diteruskan
2017-02-07 10:57:18 CRI Cetak

Walaupun hari ini telah memasuki hari ke-10 operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan, pihak berkuasa berkaitan akan meneruskan operasi dan tidak akan berputus asa dalam usaha mencari pelancong China yang masih hilang di perairan Sabah.

Demikian dinyatakan Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim Kota Kinabalu Laksamana Pertama Maritim, Adam Aziz dalam sidang media semalam. 

Difahamkan, operasi pencarian masih melibatkan perairan Sabah dan Miri, Sarawak serta Brunei, di samping 13 aset, iaitu 11 kapal dan bot serta dua pesawat.

Selain itu, kira-kira 50 bot nelayan turut membantu dalam operasi tersebut dengan memasang pukat tunda di kawasan antara Pulau Mengalum dengan Pulau Tiga.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China