Cari:
Thailand Kecualikan Bayaran Visa kepada Pelancong China
2017-02-08 13:42:24 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Kerajaan Thailand akan melanjutkan tempoh pelaksanaan dasar pengecualian bayaran bagi permohonan visa untuk pelawat dari 21 buah negara dan kawasan termasuk China.

Tempoh pelaksanaan dasar berkenaan akan dilanjutkan enam bulan lagi, iaitu sehingga 31 Ogos tahun ini.

Oleh itu, pemberian visa percuma akan dikekalkan kepada warga China yang memohon visa ke Thailand.

Selain itu, bayaran bagi visa ketibaan (VOA) kepada warga China kekal 1000 baht, iaitu kira-kira RM126.

Menurut statistik Kementerian Pelancongan dan Sukan Thailand, jumlah pelancong China ke Thailand pada tahun 2016 meningkat 10.34 peratus berbanding dengan tahun sebelumnya, dengan mencecah 8.75 juta orang, iaitu mewakili 26.86 peratus daripada jumlah keseluruhan pelancong asing yang melawat ke negara itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China